Thursday, 31 January 2013

Love Nora...

Love Nora, sebuah movie yang sedih berkisahkan cinta sepasang suami isteri. Kisah cinta seorang isteri yang mahu melihat suaminya bahagia saat dia sudah tiada.

Maybe cerita nie dah lama tayang kat media tapi baru hari ini aku tengok cerita nie. Mungkin sebab pelakon perempuannya aku minat....Hahahahaha....

Sweet sangat percintaan antara Nora and Hubby Italian dia. Sedihnya bila isterinya sakit dan leave him alone. Tapi dalam diam rupenya Nora menghantar kawan baiknya untuk menemani suaminya dan jangan biarkan suaminya bersedih sendirian...Sedihnya.

Bestnya kalau ada percintaan yang macam tu..terasa sangat dicintai walau pun dia tak ada bersama kita. Mungkin kah untuk aku merasa secebis kasih sayang yang macam tu..???

Ntahlah...But ape pun aku tetap suka percintaan yang macam nie walaupun pada akhirnya suaminya jatuh cinta dengan kawan baik wife dia.

Pada yang sama jugak, aku ada tengok cerita Zaiton, Ceritaku. Sedih sangat kisah hidup heroin dalam cerita tu. Serius aku katakan yang aku nie sebenarnya kurang gemor menonton cerita melayu tapi sejak dua menjak nie aku jadi macam jatuh cinta dengan cerita melayu dari start aku tengok cerita H.A.C.K.S. Dari H.A.C.K.S, aku tengok Zaiton Ceritaku..Sedih sangat. Aku menangis bila tengok cerita tu...
Begitu payah kehidupan Zaiton after kemalangan jalan raya. Aku memang suka giler cerita tu...
Suka jalan ceritanya tentang kepayahan hidup seorang wanita yang kehilangan anak, ibu bapa dan family sehingga ada insan lain yang sanggup membela dia.

Hahahahaha...tulah keje aku sekarang sejak tak kerja part-time pada waktu malam, masa aku banyak akuluangkan untuk tengok movie.... Hahahahahaha!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

No comments:

Post a Comment