Aku baru sahaja menonton cerita Hanya Aku Cinta Kau Seorang baru-baru nie...
Mungkin agak ketinggalan namun belum terlewat untuk aku katakan yang aku suka cerita H.A.C.K.S.
Aku suka konsep percintaan dan pergorbanan dalam H.A.C.K.S...
Cinta platonik dan berkorban demi cinta yang satu.
Cinta platonik, cinta tanpa ada tarikan unsur-unsur seksual atau pun fizikal...antara lelaki dan perempuan tapi perasaan cinta yang berputik di hati masing-masing tidak diluahkan..
Sebenarnya ia menyakitkan kerana apabila melihat pasangan cinta platonik nya bergandingan dengan orang lain.
Jika aku dalam situasi macam tu, aku jugak akan merasakan keperitannya. Sakit yang teramat sangat...
Setiap kali aku dengar lagu H.A.C.K.S pasti aku akan rasa seperti ingin menangis. Liriknya sangat meruntum jiwa aku...
Andai kata satu hari nanti aku mengalami cinta seperti dalam lirik lagu H.A.C.K.S, mungkinkah aku akan kuat....
Sekuat watak lelaki dalam filem H.A.C.K.S.....